Monday 24 October 2011

Rekreasi Matematik

UNSUR TEKA-TEKI, PUISI DAN LAGU DALAM MATEMATIK
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membuat mata pelajaran Matematik seronok Di antaranya ialah dengan membuat teka-teki, puisi dan lagu yang berunsurkan Matematik di dalamnya.

Unsur teka-teki dalam Matematik

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Kalau adik bijak bistari,
Berapa jumlah ekor kucing yang ada?

Cara penyampaian:
  • Guru boleh menggunakan teka-teki tersebut kepada murid-murid yang mempunyai pengetahuan kira-kira.
  • Dari puisi tersebut, guru akan dapat mencungkil kreativiti murid-murid dalam kemahiran berfikir.
  • Guru hendaklah menerima apa saja jawapan, asalkan jawapan tersebut dapat diterima secara logik.

Objektif pengajaran:
  •  Murid-murid akan dapat membilang jumlah dalam operasi tambah
  •  Menarik minat murid-murid untuk ikut serta dalam membina beberapa rangkap ayat dalam bentuk puisi


Unsur puisi dalam Matematik

Tajuk puisi: Berapa banyaknya?
Berapa banyaknya saat dalam seminit?
Enam puluh, dan tidak ada lagi, di dalamnya.
Berapa banyaknya minit dalam satu jam?
Enam puluh, untuk kedua mata yang tajam.
Berapa banyaknya jam dalam satu hari?
Dua puluh empat jam dalam sehari untuk menanti.
Berapa banyaknya hari dalan satu minggu?
Tujuh, untuk menyanyi dan berlagu.

Unsur puisi dalam Matematik

  • Guru boleh menggunakan puisi tersebut untuk mengajar tentang waktu kepada murid-murid.
  • Puisi ini mengenalkan kepada murid-murid tentang masa seperti saat,minit, jam dan hari dalam seminggu.
  • Kadang-kadang ada murid yang tidak sedar bahawa setengah minit itu ialah 30 saat dan begitu juga sebaliknya.
  • Terdapat banyak soalan-soalan yang dapat dikemukakan oleh guru Matematik dari puisi tersebut.
  • Dari aktiviti membaca puisi hinggan ke kaedah perbincangan seperti ini, murid-murid juga tidak sedar bahawa mereka sedang belajar pada masa yang sama.
  • Guru harus bijak menggunakan kaedah penyoalan, pastikan setiap soalan adalah untuk merangsang murid-murid untuk berfikir.

AKTIVITI 1

Umur: Tiada had umur (terpulang kepada guru tersebut)
Had masa: Tiada hadnya
Ramai pemain: Tiada hadnya
 
Objektif
  • Membantu murid-murid mempelajari bentuk-bentuk bongkah dan mengenali ciri-ciri bentukyang diberi
  •  Membantu menggunakan imiginasi murid-murid tentang keadaan bentuk bongkah

ABM:
i) Kain penutup mata
ii) Bentuk-bentuk konkrit
iii) Lagu Matematik ‘kubus, kuboid dan silinder’


Cara permainan:
  1. Guru menutup mata murid-murid dengan menggunakan sehelai kain
  2. Guru akan memainkan muzik lalu memberikan bentuk-bentuk bongkah kepada murid-murid
  3. Kemudian murid-murid akan menyerahkan bentuk-bentuk bongkah kepada teman mereka
  4. Setelah muzik berhenti, setiap murid akan menerima bentuk bongkah yang disediakan
  5. Murid-murid perlu meneka bentuk bongkah yang ada di tangan mereka dan juga menyatakan apakah ciri-ciri bentuk bongkah tersebut





Diriku dan Sekolah

          Saya mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Teknik Cheras. Pengkhususan saya ialah matematik dan kemahiran Hidup. Saya telah ditempatkan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara 2 semenjak tamat latihan. Saya mula berkhidmat tahun 2001.Kini saya menyambung pengajian di UPSI dan masih mengajar di tempat yang sama. Sepanjang Tahun 2011 pelbagai aktiviti telah dijalankan. Berikut gambaran aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.