Friday 21 October 2011

Latar Belakang

          Blog ini disediakan bagi melengkapkan tugasan KRT3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Saya dikehendaki membina blog pengajaran dan pembelajaran bagi satu topik pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia. Sepanjang penyediaan tugasan ini, saya dikehendaki mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog seperti YouTube, Facebook, Scribd, Prenzi dan sebagainya.
          
             Dalam penyediaan tugasan ini saya telah memberi fokus pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar tahun 5. Saya memang tidak tahu langsung mengenai blog sebelum ini. Saya telah berusaha sedaya upaya memahami cara membuat blog. Laman http://tutorialuntukblog.blogspot.com/  dan Youtube telah banyak membantu saya memahami cara pembinaan blog.

No comments:

Post a Comment